Model baharu Kawasaki Z250 dan Z400 akan berada di pasaran Jepun mulai 15 Februari 2019

Beberapa hari yang lepas, Kawasaki telah mengumumkan dua model terbaharu Kawasaki Z250 dan Z400 model tahun 2019, bakal berada di pasaran Jepun mulai 15 Februari 2019. Kedua-dua model kini tampil dengan gaya rekaan baharu yang lebih sporty, dan masing-masing dikuasakan enjin 250cc dan 400cc.

Kawasaki Z250 2019 memiliki kuasa maksimum 37PS @ 12,500rpm dengan tork puncak 23Nm @ 10,500rpm, manakala Kawasaki Z400 2019 menghasilkan kuasa maksimum 48PS @ 10,000rpm dengan tork setinggi 38Nm @ 8,000rpm. Enjin kedua-dua model itu kemudiannya bergandingan dengan kotak gear 6-kelajuan.

Untuk pasaran Jepun, Z250 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Pearl Stardust White / Metallic Spark Black dan Candy Cardinal Red / Metallic Flat Spark Black. Z400 pula tersedia pilihan warna Candy Lime Green / Metallic Spark Black dan Pearl Stardust White / Metallic Spark Black.

Harga kedua-duanya untuk pasaran Jepun ialah masing-masing sekitar RM22,484.89 (597,240 yen) dan RM25,127.78 (667,440 yen).

Galeri : 2019 Kawasaki Z250

Galeri : 2019 Kawasaki Z400