Benelli TRK251 bakal dilancarkan pertengahan tahun ini

Selain daripada model Benelli 502C yang bergaya cruiser, Benelli TRK251 turut akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada pertengahan tahun ini. TRK251 model tahun 2019 ini merupakan sebuah model yang direka untuk aktiviti pengembaraan, dibekalkan enjin 250cc dengan ciri tunggangan lincah dan bersedia untuk laluan yang sukar.

Benelli TRK251 dilengkapi enjin empat lejang dengan sistem penyejuk cecair, bersama-sama teknologi pemasaan bercirikan double overhead camshaft (DOCH) dengan 4 injap dan 1 silinder, sistem suntikan bahan api eletronik dengan throttle body berdiameter 37mm, klac mandian minyak dan kotak gear 6-kelajuan. Kuasa dan tork maksimumnya adalah 26.8hp @ 10,500rpm dan 21Nm @ 9,000rpm.

Binaan kerangka besi tube trellis tradisionalnya pula memberikan kestabilan dan keselesaan sewaktu tunggangan. TRK251 juga dilengkapi dengan sistem suspensi hadapan dengan ciri fork terbalik berdiameter 41mm dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang beserta 51mm travel.

Benelli TRK251 menampilkan sistem brek menggunakan brek cakera tunggal berdiameter 280mm di bahagian hadapan dengan kaliper 4-piston dan brek belakang dengan cakera berdiameter 240mm dengan caliper 1 piston. Size tayar di bahagian hadapan adalah 110/70-R17 dan bahagian belakang adalah 150/60-17R .

Benelli TRK251 dijangka akan berada di pasaran Malaysia pada pertengahan tahun ini.