Benelli RFS150i Limited Edition, terhad 5,000 unit sahaja

Pada pertengahan Oktober 2018 yang lepas, Benelli telah melancarkan model edisi terhad moped 150cc edarannya untuk pasaran tempatan – Benelli RFS150i Limited Edition. Hanya 5,000 unit sahaja dikeluarkan untuk model tersebut yang tampil dengan grafik baharu yang diinspirasikan daripada bendera Itali, negara asal Benelli.

Ciri-ciri lain yang melengkapi Benelli RFS150i Limited Edition ini termasuklah tuil brek dan klac boleh laras, spring monoshock Kayaba, pelekat nombor siri khas edisi terhad, serta sijil khas untuk semua pembeli yang ditandatangani oleh Mr. Marco Bellucci, Ketua Pengarah Teknikal Benelli Itali. Ini menjadikannya begitu eksklusif dan istimewa.

Sewaktu pelancaran, harga jualannya yang ditetapkan adalah sebanyak RM7,488.00, tidak termasuk cukai jalan dan insuran. Setakat ini kelibat model edisi terhad Benelli RFS150i Limited Edition ini sering kelihatan di jalan raya. Namun tidak dapat dipastikan sama ada 5,000 unit yang disediakan telah habis di jual atau masih berbaki di pasaran.