HLYM bakal lancar Yamaha Y15ZR versi facelift terbaharu model tahun 2019

Yamaha Exciter 150 versi facelift terbaharu model tahun 2019 telah pun dilancarkan di pasaran Vietnam dan pasaran Indonesia. Antara perbezaan ketara berbanding model sebelumnya ialah rekaan baharu lampu depan dan paparan meter digital sepenuhnya.

Untuk pasaran Malaysia, model yang sama dikenali dengan nama Yamaha Y15ZR. Persoalannya ialah bilakah Y15ZR versi facelift terbaharu 2019 akan dilancarkan di pasaran Malaysia? Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan, ramai peminat Y15ZR di pasaran tempatan ketika ini sudah tidak sabar-sabar menantikan kehadirannya.

Setakat ini, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) sedang rancak menguji motosikal tersebut di jalan raya, namun masih belum ada sebarang maklumat kukuh bilakah ianya akan dilancarkan. Apabila dilancarkan nanti, adakah harganya akan menjadi lebih mahal berbanding versi semasa Y15ZR? Berapa pun harganya, sudah tentu ianya akan tetap laris di pasaran bagaikan goreng pisang panas.

Dari segi spesifikasi, model tersebut masih mengekalkan enjin berkapasiti 150cc, agak ketinggalan jika dibandingkan dengan moped keluaran SYM yang memiliki enjin 185cc. Buat masa ini, kita tunggu pengumuman rasmi HLYM mengenai pelancaran rasminya.