Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda X-ADV, Honda CRF1000L Africa Twin dan Africa Twin Adventure Sports 2018 kini di pasaran Malaysia

 

Buat peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan, dua model terbaharu Honda X-ADV dan Honda CRF1000L Africa Twin model tahun 2018, kini telah ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) secara rasminya memperkenalkan kedua-dua model tersebut pada 26 April 2018 di MAI Malaysia Autoshow 2018 di Serdang, Selangor. 

Untuk model Honda X-ADV 2018, harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM57,999 (Standard Color) dan RM59,999 (Special Color). Honda CRF1000L Africa Twin 2018 pula boleh dimiliki pada harga RM69,999 untuk varian Standard dan RM75,999 untuk varian DCT. Sementara itu Honda CRF1000L Africa Twin Adventure Sports 2018 ditawarkan pada harga RM72,999 untuk varian Standard dan RM78,999 untuk varian DCT. Kesemua harga yang disebutkan itu adalah tanpa GST.

Honda X-ADV dilengkapi enjin 745cc (Liquid-cooled, 4 stroke, OHC) yang menghasilkan kuasa maksimum 40.3kW @ 6,250rpm dengan tork maksimum 68Nm @ 4,750rpm. Bagi model Africa Twin, enjin 998cc (Liquid-cooled 4-stroke, OHC) padanya menghamburkan kuasa maksimum 70kW @ 7,500rpm dengan tork puncak mencapai 99Nm @ 6,000rpm.

2018 Honda X-ADV

2018 Honda CRF1000L Africa Twin & Africa Twin Adventure Sports

Motosikal © 2018