Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha YZF-R15 2018 di pasaran India tidak dilengkapi suspensi depan USD

 

2018 Yamaha YZF-R15 di pasaran India

Model terbaharu Yamaha YZF-R15 model tahun 2018 (Version 3.0) dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada penghujung bulan Julai ini. Namun begitu jika benar ianya dilancarkan nanti, timbul persoalan adakah ianya versi di pasaran ASEAN atau versi di pasaran India? Ini kerana terdapat satu perbezaan ketara di antara kedua-dua versi.

Bagi pasaran ASEAN seperti di pasaran Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina, Yamaha YZF-R15 2018 yang ditawarkan dilengkapi dengan sistem suspensi depan jenis terbalik (Upside Down Front Suspension), namun di pasaran India, versi ditawarkan hanya dilengkapi suspensi depan jenis biasa iaitu teleskopik (Telescopic Suspension).

2018 Yamaha YZF-R15 di pasaran Thailand

Perbezaan di antara kedua-dua jenis suspensi tersebut sememangnya ketara, di mana suspensi USD adalah lebih istimewa dari segi pengendalian dan kawalan motosikal sewaktu tunggangan, terutamanya pada kelajuan tinggi, berbanding dengan suspensi jenis biasa. Persoalannya, YZF-R15 versi yang mana satu akan masuk pasaran Malaysia?

Motosikal © 2018