Motosikal

Informasi Dua Roda

Boon Siew Honda lancar model baharu Dash 125 2018

 

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) hari ini secara rasminya melancarkan sebuah model baharu dalam segmen kapcai – Honda Dash 125 model tahun 2018. Model tersebut dilancarkan di pasaran tempatan dengan enjin berkapasiti 125cc yang menghasilkan kuasa maksimum 7.35kW @ 8,000rpm dengan tork puncak 9.54Nm @ 6,500rpm.

Enjin tersebut digandingkan dengan kotak gear 4-kelajuan bersama-sama sistem suntikan bahan api PGM-FI (Suntikan Bahan Api). Honda Dash 125 2018 tampil dengan rekaan yang sporty, dan boleh didapati dalam empat pilihan warna menarik hitam, merah, biru dan edisi Repsol. Harga asas bermula dari RM5,999 sehingga RM6,499 (0% GST).

Motosikal © 2018