Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda PCX150 2018 di pasaran Jepun dilengkapi ABS

 

Skuter Honda PCX150 model tahun 2018 baru saja diperkenalkan di pasaran Malaysia baru-baru ini, pada harga jualan asas RM10,999.00. Untuk pasaran negara asalnya Jepun, model tersebut telah dijual lebih awal iaitu mulai 20 April 2018 yang lepas, bersama-sama PCX125 yang memulakan jualannya pada tarikh 6 April 2018.

Berbanding Honda PCX 150 2018 di pasaran Malaysia yang hanya mempunyai satu varian, pasaran Jepun menyaksikan kehadiran satu lagi varian yang dilengkapi sistem brek ABS. Honda PCX150 ABS dilengkapi sistem brek ABS di bahagian roda depannya, yang memberikan tahap keselamatan lebih baik berbanding varian biasa tanpa ABS.

Mungkin pada masa depan Honda PCX150 akan turut ditawarkan dengan varian ABS untuk pasaran Malaysia, namun harganya sudah tentu akan sedikit meningkat berbanding varian biasa. Di pasaran Jepun, Honda PCX150 2018 dijual pada harga 373,680 yen, manakala Honda PCX150 ABS 2018 dijual pada harga sebanyak 395,280 yen.

Motosikal © 2018