Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha NIKEN di pasaran USA mulai September, harga $15,999

 

Pada 10 Julai 2018, Yamaha dengan rasminya mengumumkan model roda tiga canggih Yamaha NIKEN 2019 bakal berada di pasaran USA mulai bulan September akan datang. Harga jualan yang disyorkan untuk model ‘Leaning Multi-Wheel’ (LMW) itu turut diumumkan iaitu sebanyak $15,999, atau sekitar RM64,723.95 mengikut kadar tukaran semasa.

Yamaha NIKEN model tahun 2019 untuk pasaran USA ini hanya boleh ditempah melalui sistem pendaftaran atas talian dan para pelanggan yang menempahnya akan memperolehi motosikal tersebut daripada wakil jualan rasmi Yamaha. Menampilkan skema warna ‘Granite Gray’, Yamaha mengatakan NIKEN 2019 tersedia dalam jumlah sangat terhad.

Yamaha NIKEN 2019 dilengkapi enjin dengan kapasiti 847cc (liquid-cooled, DOHC, inline 3-cylinder; 12 valves), yang kemudiannya dipadankan transmisi 6-kelajuan. Melihat kepada penampilan keseluruhannya, sudah tentu ianya bakal menarik perhatian sesiapa sahaja. Mengambil selekoh tajam dengan dua tayar depan pula pastinya cukup mengujakan.

Motosikal © 2018