Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda CBR250RR 2018 hadir dengan warna baharu untuk pasaran Indonesia

 

Model supersport yang menjadi idaman ramai, Honda CBR250RR hari ini telah dilancarkan semula di pasaran Indonesia, kali ini muncul dengan pilihan warna terbaharu yang lebih menarik dan sporty. Dua warna baharu yang diperkenalkan itu diberi nama ‘Bravery Mat Red’ (merah sebam) dan ‘Black Freedom’ (hitam berkilat). Dua warna sedia ada yang masih kekal ialah ‘Honda Racing Red’ dan ‘Mat Gunpowder Black Metallic’.

Setakat ini saksikan dahulu gambar-gambar menarik Honda CBR250RR 2018 ketika waktu pelancarannya tadi, dalam galeri yang disediakan di bawah (sumber dari PT. Astra Honda Motor). Mungkin dengan pelancaran warna baharu di pasaran Indonesia ini ianya akan menjadi petanda bahawa pasaran Malaysia juga akan menerima kedatangannya nanti. Buat masa ini Boon Siew Honda masih belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi.

Motosikal © 2018