Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda CB150R StreetFire 2018 versi kemaskini dan warna baharu dilancarkan untuk pasaran Indonesia

 

Pasaran Indonesia hari ini bukan saja menyaksikan pelancaran Honda CBR250RR 2018 yang tampil dengan pilihan warna terbaharu, malah pada masa yang sama PT. Astra Honda Motor turut melancarkan Honda CB150R StreetFire 2018 terbaharu.

Untuk model CB150R StreetFire 2018 ini, dua warna terbaharu diperkenalkan iaitu ‘Fury Mat Red’ dan ‘Raptor Mat Black’, kedua-duanya adalah untuk varian Special Edition. Varian tersebut juga masih mengekalkan warna terdahulu iaitu ‘Honda Racing Red’.¬†Bagi varian Standard, ianya boleh didapati dalam pilihan warna ‘Wild Black’ dan ‘Macho Black’.

Beberapa penambahbaikan terkini lain turut dilakukan untuk model tersebut, bukan saja untuk menjadikan penampilan terkininya lebih segar dan sporty, malah demi keselesaan sewaktu ditunggang. Antara perubahan yang dapat dilihat ialah rekaan ‘undercowl’ baharu, posisi ‘handle’ lebih tinggi, rekaan brek cakera baharu, dilengkapi ‘Aluminium Pillion Step’, kelengkapan lampu LED penuh dan paparan meter yang kini digital sepenuhnya.

Di bawah berikut ialah galeri gambar-gambar menarik Honda CB150R 2018 sewaktu ianya dilancarkan tadi (sumber PT. Astra Honda Motor), di mana gambar-gambar tersebut juga menunjukkan model yang telah dipasang aksesori dan model yang telah dimodifikasi.

Motosikal © 2018