Motosikal

Informasi Dua Roda

Suzuki GSX-S150 model tahun 2018 dilancarkan dengan pilihan warna dan ciri baharu di pasaran Indonesia

 

Untuk pasaran Indonesia, selain daripada model ‘sport’ Suzuki GSX-R150, turut ditawarkan di sana ialah model ‘naked’ Suzuki GSX-S150. Kini setelah setahun berlalu sejak pelancaran pertamanya, GSX-S150 telah dilancarkan semula pada 31 Mei 2018, sebagai model tahun 2018 dengan pilihan warna baharu dan ciri tambahan yang canggih.

Suzuki GSX-S150 2018 kini boleh didapati dalam pilihan warna ‘Metallic Daytona Yellow’ dan ‘Titan Black CW Rouge Red’, yang mana kedua-duanya merupakan varian yang dilengkapi ciri canggih ‘Keyless Ignition System’. Bagi varian yang masih menggunakan ciri ‘Shuttered Key System’, ianya tersedia dalam pilihan dua warna iaitu ‘Stronger Red’ dan ‘Solid Gloss’.

Untuk para pelanggan yang mahu merasai kecanggihan sistem ‘Keyless Ignition System’ yang melengkapi GSX-S150, mereka boleh memilikinya pada harga Rp 26,200,200, manakala untuk pelanggan yang setia dengan ciri praktikal ‘Shuttered Key System’, mereka boleh memilikinya dengan harga Rp 25,750,000 (kedua-duanya OTR DKI Jakarta).

Suzuki GSX-S150 di pasaran Indonesia ini dilengkapkan dengan enjin 150cc berteknologi tinggi dan canggih, antaranya seperti sistem ‘fuel injection’, ‘Double Over Head Camshaft (DOHC), ‘water cooled’, transmisi 6-kelajuan, dengan penghasilan tenaga (14.1kW @ 10,500rpm / tork 14Nm @ 9,000rpm) dan pecutan yang sangat memuaskan dan lancar untuk memenuhi hasrat penunggangnya setiap hari.

Ciri-ciri canggih lain yang turut diterapkan pada GSX-S150 adalah seperti ‘LED Headlight’, ‘Full digital speedometer/instrument cluster’, dan ‘Suzuki Easy Start System’ yang memberikan lebih kemudahan dan keselesaan. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh melihatnya dalam galeri gambar-gambar menarik GSX-S150 2018 di di bawah.

Motosikal © 2018