Motosikal

Informasi Dua Roda

Hong Leong Yamaha Motor lancar Y15ZR GP Edition 2018

 

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) secara rasminya kini melancarkan Yamaha Y15ZR GP Edition 2018 untuk pasaran tempatan, versi terbaharu GP Edition buat kali yang ke-4. Menurut HLYM, para pemilik bertuah yang membeli motosikal ini akan turut menerima model miniatur Y15ZR GP Edition dan jam tangan kecergasan Y15ZR yang eksklusif.

Yamaha Y15ZR GP Edition 2018 ini dikeluarkan bagi memperingati penyertaan Yamaha di dalam kejuaraan MotoGP, dengan mengekalkan warna biru perlumbaan Yamaha. Pada masa yang sama, skema grafiknya turut dikemaskini berdasarkan jentera sebenar Yamaha Factory Racing YZF-M1 yang ditunggang oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Tersedia dalam edisi terhad, Yamaha Y15ZR GP Edition 2018 ditawarkan pada harga asas yang disyorkan sebanyak RM8,588.00 (0% GST, tanpa kos cukai jalan, pendaftaran dan insuran). Dari segi teknikal atau prestasi, tiada sebarang perubahan berbanding versi biasa Y15ZR, yang turut ditawarkan dalam pilihan warna hitam, biru, merah dan kuning.

Motosikal © 2018