Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha YZF-R15 model tahun 2017 di pasaran Thailand

 

Yamaha YZF-R15 Version 3.0 dilancarkan di pasaran Thailand pada tahun lepas, dengan spesifikasi yang sama seperti mana model yang dilancarkan di pasaran Indonesia dan Vietnam. Untuk pasaran India, terdapat beberapa perubahan spesifikasi telah dilakukan.

Ciri-ciri menarik yang melengkapi YZF-R15 2017 untuk pasaran Thailand tersebut antaranya adalah seperti enjin 155cc VVA yang bertenaga, sistem ‘Assist & Slipper Clutch’, lampu depan dan belakang LED, suspensi USD, lengan ayun aluminium rekaan baharu, meter digital LCD sepenuhnya, brek cakera bersaiz besar dan tayar berukuran lebar.

Untuk pasaran Thailand, tiga pilihan warna ditawarkan iaitu biru, merah dan hitam, manakala di pasaran Indonesia terdapat pilihan warna kuning dengan suspensi USD berwarna emas bagi model YZF-R15 yang diperkenalkan untuk tahun 2018.

Yamaha YZF-R15 model tahun 2018 dijangka akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Spesifikasinya dijangka sama seperti model yang dilancarkan di pasaran Thailand, dengan kemungkinan tersedia pilihan warna kuning dan suspensi USD emas.

Motosikal © 2018