Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha YZF-R15 2018 dilancarkan di pasaran Thailand

 

Yamaha hari ini secara rasminya melancarkan YZF-R15 model tahun 2018 untuk pasaran Thailand. Seperti yang dijangkakan, model tersebut kini didatangkan dalam pilihan warna kuning bersama-sama suspensi terbalik (Upside Down) berwarna emas.

Untuk pasaran Thailand, Yamaha YZF-R15 2018 ini ditawarkan pada harga yang disyorkan sebanyak 97,000 Thai Baht, bersamaan RM11,731.32. Diharapkan pelancaran model ini seperti spesifikasi Thailand akan turut berlangsung di Malaysia hujung bulan ini.

Motosikal © 2018