Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha T135RR 2005 – versi perlumbaan Yamaha 135LC

 

Yamaha T135 dikenali dengan nama Yamaha 135LC untuk pasaran Malaysia, manakala pasaran Thailand mengenalinya dengan nama Yamaha Spark 135. Yamaha T135 turut dijual di pasaran ASEAN yang lain seperti Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Untuk model Yamaha T135RR keluaran tahun 2005 ini, ianya mungkin merupakan versi perlumbaan untuk Yamaha Spark 135 di pasaran Thailand. Atau mungkin juga ianya hanya sekadar sebuah model konsep bagi tujuan promosi pada awal tahun pelancarannya.

Melihat kepada modifikasi yang dilakukan, ianya boleh dikatakan agak ekstrem dan secara tidak langsung membuktikan bahawa DNA model moped T135 ini adalah berteraskan perlumbaan dan kelajuan. Maklumat selanjutnya boleh dilihat dalam galeri di bawah.

Motosikal © 2018