Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha YZF-R15 2018 di pasaran Indonesia kini dilengkapi suspensi USD berwarna emas

 

Berdasarkan laporan yang diterima daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dijangka akan melancarkan model terbaharu Yamaha YZF-R15 2018 (Versi 3.0) di pasaran Malaysia, pada hujung bulan ini. 

Yamaha YZF-R15 Versi 3.0 pada mulanya dilancarkan di pasaran Indonesia pada tahun lepas, dan kemudiannya telah dibawa masuk ke pasaran Vietnam dan juga India. Untuk pasaran Indonesia, model tersebut dalam bulan April 2018 yang lepas telah menerima perubahan yang lebih menarik, apabila dilengkapi suspensi USD berwarna emas.

Untuk pasaran Malaysia jika benar model itu akan dilancarkan nanti, timbul pertanyaan sama ada ianya akan turut ditawarkan dengan suspensi USD berwarna emas, atau hanya sekadar suspensi biasa seperti mana yang ditawarkan di pasaran India. Kita nantikan.

Motosikal © 2018