Motosikal

Informasi Dua Roda

Warna baharu untuk Honda Supra GTR150 di pasaran Indonesia

 

Honda Supra GTR150 model tahun 2018 di pasaran Indonesia baru-baru ini telah diperkenalkan semula dengan pilihan warna dan rekaan grafik baharu, yang menjadikan penampilan terkininya lebih segar dan sporty. Tiga pilihan warna menarik yang boleh didapati itu ialah ‘Sporty Gun Black’, ‘Sporty Spartan Red’ dan ‘Exclusive Matte Red’.

Di pasaran Malaysia, Honda Supra GTR150 dikenali dengan nama Honda RS150R, manakala di pasaran Vietnam ianya dikenali dengan nama Honda Winner. Bagaimanapun Honda RS150R mempunyai perbezaan dari segi rekaan lampu signal depan dan belakang jika dibandingkan dengan model Honda Supra GTR150 dan Honda Winner.

Motosikal © 2018