Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha MT-25 model tahun 2018 di pasaran Jepun

 

Untuk pasaran Jepun, Yamaha MT-25 boleh didapati bersama-sama model Yamaha MT-03. Tidak tahu kenapa, yang pasti kedua-dua model tersebut sehingga kini tidak pernah dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Sebab musababnya masih lagi menjadi misteri sehingga kini.

Yamaha MT-25 model tahun 2018 ini didatangkan dalam tiga pilihan warna yang menarik bersama-sama jalur grafik sporty, seperti mana yang dapat dilihat di dalam galeri di bawah. Jualannya di pasaran Jepun telah bermula sejak bulan Mac 2018 yang lepas.

Dari segi teknikal, Yamaha MT-25 dikuasakan enjin 249cc dengan kotak gear 6-kelajuan. Kuasa maksimumnya mencapai 35PS @ 12,000rpm dengan tork maksimum 23Nm @ 10,000rpm. Selain di pasaran Jepun, Yamaha MT-25 turut dijual di pasaran Indonesia.

Motosikal © 2018