Motosikal

Informasi Dua Roda

Monkey dan Super Cub C125 ABS akan masuk ke pasaran U.S

 

Pada awal bulan Jun 2018 yang lalu, American Honda Motor telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan membawa masuk dua buah model terbaharu iaitu Monkey dan Super Cub C125 ABS, bagi model tahun 2019, untuk para pelanggan di U.S.

Honda Monkey 2019 untuk pasaran U.S akan tersedia dalam pilihan warna ‘Banana Yellow’ dan ‘Pearl Nebula Red’, manakala Honda Super Cub C125 ABS hanya boleh didapati dengan warna ‘Pearl Niltava Blue’. Bagi model Monkey, ianya akan berada di pasaran mulai Oktober 2018, sementara Super Cub C125 ABS akan tiba dalam bulan Januari 2019.

Menyentuh mengenai harga untuk kedua-dua model, harga (target price) yang akan ditetapkan untuk Monkey ialah sebanyak $3,999 untuk varian standard dan $4,199 untuk varian ABS. Super Cub C125 ABS pula boleh dimiliki pada harga (target price) $3,599.

Motosikal © 2018