Motosikal

Informasi Dua Roda

Hong Leong Yamaha Motor sambut pengeluaran motosikal yang ke-4,000,000 unit

 

Pada 26 April 2018 yang lalu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah mengadakan sambutan pengeluaran unit motosikal keluarannya yang ke-4,000,000 unit. Simbolik pengeluaran yang mencapai angka 4 juta unit itu dilakukan di fasiliti pengeluaran mereka di Sungai Buloh, Selangor, melalui persembahan model Yamaha Y15ZR.

Menurut HLYM, motosikal pertama dikeluarkan oleh syarikat tersebut ialah model Yamaha RX100 pada tahun 1979, sehinggalah pengeluaran motosikal yang ke-1,000,000 unit pada tahun 1994. Sesungguhnya kejayaan HLYM begitu membanggakan kerana mampu mengeluarkan motosikal versi pemasangan tempatan dalam jumlah yang begitu besar.

Motosikal © 2018