Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha Y15ZR GP Edition 2018 bakal dilancarkan

 

Menurut sumber dari laman Facebook BLH Motor, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal melancarkan Yamaha Y15ZR GP Edition model tahun 2018, dalam masa terdekat. Model tersebut akan tampil dalam warna biru seperti kebiasaannya, namun terdapat beberapa perubahan jika dibandingkan dengan model Y15ZR GP Edition 2017.

Yamaha Y15ZR model tahun 2018 di pasaran Malaysia ketika ini didatangkan dalam empat pilihan warna yang menarik seperti hitam, biru, merah dan kuning. Dengan kehadiran skim warna terkini GP Edition 2018, ianya akan memberi lebih pilihan kepada peminat motosikal tersebut, yang tidak dinafikan merupakan sebuah moped 150cc terlaris di pasaran.

Motosikal © 2018