Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha Exciter 150 GP dan Exciter 150 RC 2018 di pasaran Vietnam miliki skim warna menarik

 

Yamaha Exciter 150 di pasaran Vietnam sememangnya memiliki pelbagai pilihan warna yang lebih menarik berbanding Yamaha Y15ZR di pasaran Malaysia. Sebagai contoh ialah skim warna yang diperkenalkan untuk Yamaha Exciter 150 GP 2018 dan Exciter 150 RC 2018, dalam pilihan warna biru dan oren hitam seperti mana yang dipaparkan di sini.

Kedua-dua pilihan warna tersebut mempunyai daya penarik yang tersendiri, bersesuaian sekali dengan perwatakan Exciter 150 sebagai salah sebuah model yang menjadi raja jalanan di dalam segmennya. Untuk pasaran Malaysia pula, nantikan kehadiran Yamaha Y15ZR GP Edition 2018 dengan penampilan dan gaya yang tidak kurang hebatnya.

Motosikal © 2018