Motosikal

Informasi Dua Roda

Warna dan grafik baharu untuk Kawasaki Ninja 1000 2019

 

Kawasaki Ninja 1000 model tahun 2019 kini didatangkan dalam pilihan dua warna dan grafik baharu iaitu ‘Emerald Blazed Green / Metallic Matte Graphite Gray’ dan ‘Metallic Spark Black / Metallic Matte Carbon Gray’. Model berkenaan akan mula dijual di pasaran Jepun mulai 1 Ogos 2018, pada harga yang disyorkan sebanyak¬†1,274,400 Yen.

Kawasaki Ninja 1000 memiliki enjin dengan kapasiti 1,043cc (water-cooled 4-stroke parallel 4-cylinder / DOHC 4 valve) bersama-sama transmisi 6-kelajuan, yang menjana kuasa maksimum 141PS @ 10,000rpm dengan tork maksimum 111Nm @ 7,300rpm. Model ini mempunyai berat 235 kilogram dan bahan apinya dibawa melalui tangki berukuran 19 liter.

Motosikal © 2018