Motosikal

Informasi Dua Roda

Kawasaki Z900RS CAFE 2019 di pasaran Jepun mulai Ogos 2018

 

Motosikal retro Kawasaki Z900RS CAFE model tahun 2019 telah diumumkan berada di pasaran Jepun bermula 1 Ogos 2018. Ianya adalah bagi model dengan pilihan warna ‘Stormcloud Blue’ dan ‘Metallic Graphite Gray’, manakala untuk model dengan warna ‘Vintage Lime Green’, ianya akan berada di pasaran Jepun pada penghujung tahun nanti.

Kawasaki Z900RS CAFE 2019 dilengkapi enjin berkapasiti 948cc, dengan janaan kuasa mencapai 111PS @ 8,500rpm dan tork maksimum 98Nm @ 6,500rpm. Enjin tersebut digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan. Bagi model Z900RS 2019 yang tersedia dalam dua pilihan warna, jualannya di pasaran Jepun telah bermula dari 1 Julai 2018.

Motosikal © 2018