Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda Vietnam perkenal skim warna baharu untuk MSX 125cc

 

Dalam bulan Jun 2018 yang lepas, Honda Vietnam telah memperkenalkan warna baharu yang lebih segar dan moden untuk minibike MSX 125cc. Model tersebut kini didatangkan pilihan skim warna biru, hijau, oren dan merah yang menyerlahkan lagi gaya rangginya.

Honda MSX 125cc untuk pasaran Vietnam memiliki enjin empat lejang 125cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api elektronik PGM-FI, kotak gear 4-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 6.9kW @ 7,000rpm dan tork maksimum 10.6Nm @ 5,500rpm.

Menurut Honda Vietnam, MSX 125cc model tahun 2018 ini diimport dari Thailand dan telah berada di pasaran secara rasmi mulai 25 Jun 2018 yang lalu. Jaminan yang diberikan adalah selama 3 tahun atau 30,000km, termasuklah pemeriksaan percuma sebanyak 6 kali.

Motosikal © 2018