Motosikal

Informasi Dua Roda

BMW G 310 R terima kemaskini untuk model tahun 2019

 

BMW Motorrad telah mengumumkan beberapa kemaskini terbaharu untuk model-model keluarannya bagi tahun 2019, termasuklah untuk model BMW G 310 R.

Menurut BMW Motorrad, BMW G 310 R model tahun 2019 akan menerima kemasan warna baharu ‘Racing Red’ dan kemasan warna mengikut gaya HP Motorsport (Pearl White Metallic with “HP” lettering).

Sementara itu warna ‘Strato Blue Metallic’ tidak lagi akan ditawarkan. BMW G 310 R versi kemaskini terbaharu 2019 ini akan boleh ditempah mulai bulan Ogos akan datang.

Motosikal © 2018