Motosikal

Informasi Dua Roda

Ducati Scrambler 1100 model tahun 2018 diperkenalkan

 

Model baharu Ducati Scrambler 1100 diperkenalkan secara rasmi di pameran motosikal EICMA 2017 yang berlangsung dalam bulan November tahun lepas. Terdapat tiga varian yang diperkenalkan, Ducati Scrambler 1100 yang merupakan varian standard, Ducati Scrambler 1100 Special yang diinspirasikan dari dunia custom, dan versi lebih sporty Ducati Scrambler 1100 Sport yang dilengkapi sistem suspensi berjenama premium Öhlins.

Ducati Scrambler 1100 model tahun 2018 ini dijana enjin berkapasiti 1,079cc (Euro 4 compliant oil/air-cooled 1079 cm³ L-twin two-valve engine) yang menghamburkan kuasa maksimum 86hp @ 7,500rpm dengan tork maksimum 88.4Nm @ 4,750rpm. Kotak gear yang melengkapinya ialah unit 6-kelajuan dengan klac ‘wet multiplate type with hydraulic control’. Selang masa servis enjin ‘twin cylinder’ itu dikatakan mencapai 12,000 km.

Ciri-ciri standard yang melengkapi Scrambler 1100 antaranya ialah sistem kawalan ‘Ride by Wire’, sistem brek Brembo dengan ‘Bosch 9.1 MP Cornering ABS’, ‘Traction Control’ dan ‘Three Riding Modes’. Pilihan warna untuk Scrambler 1100 varian standard ialah ’62 Yellow’ dan ‘Shining Black’, manakala ‘Custom Grey’ untuk Scrambler 1100 Special dan ‘Viper Black’ untuk Scrambler 1100 Sport. Saksikan galeri gambar ketiga-tiga model di bawah.

Galeri: 2018 Ducati Scrambler 1100

Galeri: 2018 Ducati Scrambler 1100 Special

Galeri: 2018 Ducati Scrambler 1100 Sport

Motosikal © 2018