Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha lancar skuter baharu LEXi untuk pasaran Indonesia

 

Dalam bulan April 2018 yang lalu, Yamaha secara rasminya melancarkan model skuter baharu LEXi dan LEXi-S untuk pasaran Indonesia. Kedua-dua varian Yamaha LEXi tersebut dikuasakan enjin BLUE CORE 125cc (water cooled 4-stroke BLUE CORE engine with a VVA mechanism) yang bukan sahaja lebih cekap malah lebih bertenaga.

Yamaha LEXi dan LEXi-S dilengkapi ciri-ciri termasuklah gaya rekaannya yang mirip skuter buatan Eropah, saiz badan yang membangkitkan rasa kelas yang lebih tinggi, sistem ‘Stop & Start’ untuk tahap ekonomi yang lebih cemerlang, ciri berskala penuh seperti lampu depan LED, lampu kecemasan (hazard lamps), paparan meter digital penuh, soket kuasa dan ruang pijakan kaki yang lebih luas dan selesa.

Yamaha LEXi-S sebagai varian dengan gred lebih tinggi turut dilengkapkan dengan kunci pintar (Smart Key) dan suspensi belakang yang dipasang ‘sub-tank’. Pengeluaran Yamaha LEXi dan LEXi-S akan dilakukan di Indonesia melalui kilang PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM). Di bawah berikut ialah galeri gambar LEXi dan LEXi-S.

Motosikal © 2018