Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda perkenal model baharu X-Blade untuk pasaran India

 

Honda Motorcycle and Scooter India Pvt. Ltd. pada Februari tahun ini, bertempat di Auto Expo 2018 kali ke-14, telah memperkenalkan model baharu Honda X-Blade untuk pasaran India. Model tersebut tampil dengan rekaan yang tajam dan kelihatan begitu futuristik.

Antara ciri-ciri menarik yang didatangkan untuk model berkenaan termasuklah lampu depan LED dengan lampu posisi, lampu belakang LED, rekaan tangki bahan api yang agresif, rim roda aloi, muffler dwi-saluran keluar (dual outlet muffler), paparan meter digital, penunjuk posisi gear, suis kecemasan dan pengingat masa servis (service due reminder).

Enjin HET dengan kapasiti¬†162.71cc (Air Cooled, 4 Stroke, SI Engine) pada X-Blade, dengan gandingan transmisi 5-kelajuan, dikatakan mampu menjana kuasa bertenaga, mencapai paras 13.93bhp @ 8,500rpm dengan tork maksimum¬†13.9Nm @ 6,000 rpm. Sistem suspensi ‘mono-shock’ pula memberikan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Telah berada di pasaran India sejak bulan Mac 2018 yang lepas, Honda X-Blade tersedia dalam lima pilihan warna seperti ‘Matte Marvel Blue Metallic’, ‘Matte Frozen Silver Metallic’, ‘Pearl Spartan Red’, ‘Pearl Igneous Black’ dan ‘Matte Marshal Green Metallic’.

Motosikal © 2018