Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda lancar Future FI 125cc 2018 baharu di pasaran Vietnam

 

Honda Vietnam Co., Ltd., pada 26 April 2018 yang lepas secara rasminya melancarkan motosikal kapcai Honda Future FI 125cc baharu untuk pasaran Vietnam. Penampilan terkini model tersebut ternyata banyak berbeza berbanding model sebelumnya, terutamanya melibatkan rekaan baharu di bahagian kepala, depan dan belakangnya. 

Future FI 125cc masih mengekalkan enjin bersesaran 124.9cc yang menghasilkan kuasa maksimum 7.11kW @ 7,500rpm dengan tork 10.6Nm @ 5,500rpm. Dilengkapi sistem suntikan bahan api PGM-FI dan memenuhi piawaian emisi Euro 3, Future FI 125cc 2018 baharu ini menawarkan pecutan yang lebih baik, kecekapan bahan api dan mesra alam.

Salah satu kelebihan Future FI 125cc berbanding model-model lain sekelas dengannya ialah ianya mempunyai ruang kemudahan simpanan barang-barang di bawah tempat duduk, yang boleh memuatkan sebuah topi keledar bermuka penuh. Tersedia dalam pilihan warna yang pelbagai, model ini turut didatangkan jaminan 3 tahun atau 30,000km.

Motosikal © 2018