Motosikal

Informasi Dua Roda

Ducati perkenal warna baharu untuk model SuperSport

 

Pada 19 Jun 2018 baru-baru ini, Ducati mengumumkan varian standard untuk model SuperSport kini hadir dalam skim warna terbaharu ‘Titanium Grey’ yang dipadankan dengan rim roda dan kerangka berwarna merah. Warna baharu itu menggantikan warna tradisional ‘Ducati Red’ yang diperkenalkan sewaktu pelancaran model tersebut sebelum ini.

Skim warna baharu ‘Titanium Grey’ akan boleh didapati bermula dari bulan Julai 2018, tanpa sebarang perubahan harga untuk SuperSport. Varian Ducati SuperSport S yang dilengkapi dengan sistem suspensi Öhlins, ‘Ducati Quick Shift up/down’ dan penutup tempat duduk belakang, bagaimanapun masih mengekalkan warna ‘Ducati Red’ dan ‘Star White Silk’ yang menggabungkan rim roda dan kerangka berwarna merah.

Menurut Ducati, SuperSport merupakan sebuah motosikal bergaya sport untuk tunggangan harian yang menyeronokkan, membuatkan penunggangnya merasai pengalaman bagaikan seorang pelumba. Ianya dilengkapi enjin 937cc ( twin-cylinder Testastretta 11° engine) dengan hamburan kuasa 110hp @ 9,000rpm dan tork puncak 93Nm @ 6,500rpm.

Motosikal © 2018