Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha SR400 2018 untuk pasaran Australia

 

Yamaha SR400 yang bergaya retro ini mula dikeluarkan pada tahun 1978 dan kini usianya pada tahun 2018 telah mencapai 40 tahun. Model yang ditunjukkan di sini adalah untuk pasaran Australia, ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu ‘Retro Green’ dan ‘Onyx’.

Yamaha SR400 model tahun 2018 ini dikuasakan enjin 399cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2-valve) yang dipadankan kotak gear lima kelajuan. Sistem penyampaian bahan apinya adalah jenis suntikan (fuel Injection). Berat basah keseluruhannya ialah 174 kilogram.

Motosikal © 2018