Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha RZ125S model tahun 1983 di pasaran Jepun

 

Sekali pandang model Yamaha RZ125S ini, pastinya akan mengingatkan kita kepada model Yamaha RX-Z. Yamaha RZ125S model tahun 1983 ini dikeluarkan untuk pasaran Jepun, dilengkapi enjin dua lejang dengan kapasiti 123cc dan mempunyai sistem penyejuk air.

Reka bentuknya kental bergaya retro, dengan lampu depan petak dan lampu belok berbentuk bulat. Begitu juga dengan padanan warna dan jalur pada badan, termasuklah rekaan rim dengan warna hitam dan krom disertai ekzos berbentuk tirus yang klasik.

Motosikal © 2018