Motosikal

Informasi Dua Roda

Benelli RFS150i masuk ke pasaran China dan Lubnan

 

Motosikal moped Benelli RFS150i dilancarkan di pasaran Malaysia pada April 2017. Model tersebut dilengkapi enjin berkapasiti 149.8cc (liquid-cooled, single cylinder) dengan kuasa maksimum 15.5hp @ 8,500rpm dan tork 13Nm @ 7,000rpm. Enjin yang mempunyai sistem suntikan bahan api elektronik itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan.

Setakat ini, Benelli RFS150i diketahui telah memasuki pasaran China dan Lubnan, dan mungkin juga terdapat beberapa pasaran lain yang telah menerimanya. Untuk pasaran China, ianya boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, merah dan kuning, manakala untuk pasaran Lubnan terdapat satu pilihan warna tambahan iaitu biru.

Motosikal © 2018