Motosikal

Informasi Dua Roda

KTM 390 Adventure 2019 bakal dilancarkan tahun depan

 

Menurut laporan, Bajaj selaku rakan niaga KTM baru-baru ini telah mengesahkan bahawa model baharu KTM 390 Adventure 2019 bakal dilancarkan pada tahun depan. Model tersebut dikatakan akan dipasang oleh Bajaj di kilang mereka di India, dan mungkin pengenalan versi produksi pertama model tersebut juga akan diadakan di sana.

Seperti mana namanya, KTM 390 Adventure dibangunkan daripada model KTM 390 Duke, dan dilaporkan mempunyai enjin dengan satu silinder berkapasiti 373cc dengan keluaran kuasa 43hp. Bagi peminat motosikal dalam segmen kembara, pelancaran KTM 390 Adventure 2019 di samping model KTM 790 Adventure R 2019 pastinya ditunggu-tunggu.

Setakat ini gambaran awal mengenai rekaan KTM 390 Adventure sudah boleh dilihat melalui imej ‘spyshot’ seperti di atas. Unit yang sedang diuji di dalam gambar tersebut dikatakan sudah hampir kepada model produksi sebenar. Jika tiada halangan, mungkin model kembara ini akan dipamerkan di EICMA dalam bulan November akan datang.

Sumber : Bennetts.co.uk

Motosikal © 2018