Motosikal

Informasi Dua Roda

Kemunculan semula Honda Monkey 2018

 

Honda Monkey merupakan sebuah model kecil keluaran Honda, muncul kali pertama pada tahun 1961. Model ini menjadi sangat popular pada tahun-tahun 1960an dan 1970an, terutamanya di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Mulai tahun 2018, Honda Monkey membuat kemunculan semula, kali ini dengan enjin daripada model Grom (Honda MSX).

Honda Monkey 2018 masih mengekalkan gaya asli, digabungkan dengan sentuhan lebih moden dan premium seperti penggunaan fork USD, penyerap hentak belakang berkembar, paparan instrumen LCD, sistem brek ABS berasaskan IMU dan sistem lampu LED sepenuhnya. Berat basah keseluruhan model ikonik ini hanya 107 kilogram sahaja.

Dikuasakan enjin berkapasiti 125cc (air-cooled SOHC 4-stroke 2-valve) berbanding enjin asal 49cc, janaan kuasanya kini mencapai angka 6.9kW @ 7,000rpm dengan tork maksimum 11Nm @ 5,250rpm. Enjin tersebut dilengkapi sistem penyampaian bahan api elektronik PGM-FI, dengan tahap penggunaan bahan api pada paras 67km/litre (WMTC mode) yang menjimatkan. Kapasiti penuh tangki bahan apinya ialah 5.6 liter.

Menurut maklumat dari Honda Motor Europe, Honda Monkey 2018 tersedia dalam tiga skim pilihan warna seperti ‘Banana Yellow/Ross White’, ‘Pearl Nebula Red/Ross White’ dan ‘Pearl Shining Black/Ross White’. Apa pendapat anda mengenai Monkey 2018 yang kini muncul dengan enjin baharu yang mematuhi piawaian emisi masa kini? Menarik kan?

Galeri Honda Monkey 2018

Galeri Honda Monkey 1961 – 2017

Motosikal © 2018