Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda PCX125 2018 untuk pasaran Eropah

 

Skuter Honda PCX125 bagi model tahun 2018 kini hadir dengan rekaan baharu dan beberapa penambahbaikan terkini dari aspek teknikal. Model tersebut menerima kerangka ‘tubular steel duplex cradle’ baharu, roda dan tayar baharu, sistem suspensi yang dinaiktaraf, brek ABS, dan enjin yang menghasilkan lebih kuasa puncak namun masih mengekalkan tahap penjimatan bahan api yang cemerlang.

Menurut Honda, PCX125 merupakan salah satu model dua roda keluaran mereka yang berjaya, dengan jualan yang direkodkan melebihi 140,000 unit di pasaran Eropah sejak ketibaannya dalam tahun 2010. Pada tahun 2010, PCX merupakan jentera dua roda pertama di Eropah yang dipasang teknologi ‘Idling Stop’, seterusnya dua tahun selepas itu ianya menjadi skuter pertama di Eropah yang menggunakan enjin ‘Smart Power’ (eSP) yang sangat cekap. Pada tahun 2016, PCX125 telah mematuhi piawaian EURO4, dan kini terus menerima naiktaraf ekstensif bagi model tahun 2018.

Honda PCX125 dilengkapi enjin berkapasiti 125cc (SOHC, liquid-cooled two-valve 125cc enhanced Smart Power (eSP) engine), yang menawarkan ketahanan dengan prestasi cemerlang, senyap, beroperasi dengan lancar dan mesra alam. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 9.0kW @ 8,500rpm, dengan tork 11.8Nm @ 5,000rpm. Enjin tersebut menyumbang kepada tahap ekonomi (without Idling Stop, WMTC mode) sehingga 47.6km/liter, dengan tunggangan mencapai 400km melalui tangki seluas 8.0 liter.

Untuk pasaran Eropah, Honda PCX125 2018 tersedia dalam pilihan empat warna yang menarik seperti Merah (Pearl Splendor Red), Hitam (Pearl Nightstar Black), Kelabu (Matt Carbonium Grey Metallic) dan Putih (Pearl Cool White).

Motosikal © 2018