Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda CB300R 2018 diperkenalkan untuk pasaran Eropah

 

Honda CB300R 2018 merupakan sebuah model ‘sport naked’ baharu yang diperkenalkan di pasaran Eropah pada awal April 2018 yang lalu. Model tersebut diperkenalkan bersama-sama dua lagi model iaitu CB125R 2018 dan CB1000R 2018.

Pasaran Jepun pula telah menerima model CB125R 2018, CB250R 2018 dan CB1000R 2018 sejak beberapa bulan yang lepas, manakala pasaran Malaysia telah menerima pelancaran CB250R 2018 dan CB1000R 2018 dalam bulan Jun baru-baru ini.

Honda CB300R yang tampil dengan gaya ‘Neo Sports Cafe’ memiliki enjin 286cc (Liquid-cooled single cylinder) yang responsif dengan kotak gear enam kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 23.1kw @ 8,500rpm dengan tork 27.5Nm @ 7,500rpm.

Spesifikasi lain yang melengkapinya antaranya ialah kerangka baharu (new chassis comprised of tubular/pressed steel frame), fork USD 41mm, sistem brek ‘radial-mount 4-piston front caliper and floating disc’ dan penyerap hentak tunggal boleh laras. Spesifikasi lain termasuklah sistem lampu LED sepenuhnya, paparan LCD dan ABS berasaskan IMU.

Berat basah CB300R hanya 143kg dan ianya dibekalkan tangki bahan api 10 liter. Tahap ekonomi model tersebut mencapai 30.2km/liter (WMTC mode), membolehkannya merangkumi jarak perjalanan sejauh 300km dengan setangki penuh bahan api.

Honda CB300R model tahun 2018 untuk pasaran Eropah ini boleh didapati dalam empat pilihan warna menarik seperti Merah (Candy Chromosphere Red), Perak (Mat Cryption Silver Metallic), Hitam (Black) dan Kelabu (Matt Axis Grey Metallic).

Motosikal © 2018