Motosikal

Informasi Dua Roda

Boon Siew Honda perkenal Honda MSX 125 SF 2018 dengan kemaskini warna dan rekaan grafik baharu

 

Pada 3 Julai 2018, Boon Siew Honda mengumumkan model kompak MSX 125 SF kini didatangkan dengan variasi warna baharu yang lebih segar bersama-sama kemaskini rekaan grafik terkini yang menyerlahkan lagi penampilannya.

Honda MSX 125 SF 2018 tersedia dalam empat pilihan warna baharu yang bergaya seperti Hijau (Incredible Green), Oren (Halloween Orange), Biru (Splendid Blue) dan Merah (Gayety Red), bagi menggantikan skema warna sedia ada. Model ini diperkenalkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pada bulan Disember 2016.

Ianya dikuasakan enjin 125cc silinder tunggal 4-lejang sejukan udara, berkonfigurasi lebar (over-square) dengan gerek dan lejang sebanyak 52.4mm x 57.9mm dan nisbah mampatan 9.3 : 1. Janaan kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 9.7hp pada 7,000rpm, dan tork maksimum sebanyak 11.0Nm dicapai pada 5,250rpm.

Enjin tersebut seterusnya dihubungkan dengan kotak gear empat kelajuan oleh sistem cekam plat basah berbilang (multiplate wet clutch), yang memindahkan kuasa ke roda belakang melalui pemacu akhir rantai. Dengan sistem suntikan bahan api, ianya memastikan jarak perjalanan tertinggi dari bekalan 5.7 liter bahan api yang ada.

Honda MSX 125 SF 2018 boleh dimiliki pada harga RM10,499.00 (harga yang disyorkan dengan 0% GST, tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran). Ianya didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Motosikal © 2018