Motosikal

Informasi Dua Roda

BMW Motorrad Concept 9cento 2018 dipersembahkan

 

Pada tahun ini di Concorso d’Eleganza Villa d’Este, berlangsung pada penghujung bulan Mei yang lepas, BMW Motorrad mempersembahkan sebuah model konsep terbaharu dalam segmen ‘sports touring’. Ianya diberi nama BMW Motorrad Concept 9cento (pronounced ‘nove cento’), hadir dengan reka bentuk yang pantas menarik perhatian ramai.

Menurut BMW Motorrad, model tersebut mempersembahkan sebuah model konsep pintar yang menarik dan mengujakan untuk masa depan. Ianya penuh bersemangat, lincah dan menyatukan keseronokan tunggangan serta ideal sebagai sebuah model ‘Adventure Sport’. Rekaan BMW Motorrad Concept 9cento juga sesuai untuk membawa penumpang.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada model konsep 9cento ini bakal muncul sebagai sebuah model produksi sebenar, namun ianya dijangka akan mengalami evolusi seterusnya dan mungkin akan dipamerkan di pameran motosikal EICMA pada bulan November akan datang. Sama-sama kita tunggu dan lihat akan kemajuannya.

Motosikal © 2018