Motosikal

Informasi Dua Roda

Video : SYM VF3i 185 kini di pasaran Malaysia

 

Pada pertengahan April 2018 yang lepas, SYM Malaysia telah membuat kejutan dengan melancarkan sebuah model moped dengan enjin paling besar, berkapasiti 183cc. Model tersebut diberi nama SYM VF3i 185, hadir dengan reka bentuk bergaya dan sporty, serta tersedia dalam dua varian – Standard dan Special Edition. Bagi model Standard, dua pilihan warna ditawarkan iaitu Biru dan Merah, manakala Hitam Matte untuk Special Edition.

Pelancaran SYM VF3i 185 sememangnya mengejutkan, kerana model-model lain di pasaran sebelum itu hanya mempunyai kapasiti enjin maksimum 150cc, seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS150i. Ini bermakna SYM VF3i 185 telah mencapai satu penanda aras baru berbanding pesaing-pesaingnya yang lain. Pada hari pelancaran, harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM7,988.00 untuk varian Standard dan RM8,288.00 untuk varian Special Edition (harga asas tanpa GST dan bayaran lain).

SYM VF3i 185 kini telah berada di pasaran Malaysia secara rasmi, dan kebanyakan kedai motosikal sudah menerima unit masing-masing untuk pameran dan juga jualan. Hasil tinjauan yang dilakukan sebelum ini, admin Motosikal.info sempat merakamkan beberapa video menarik model moped tersebut, dalam tiga warna yang ditawarkan. Untuk anda, saksikan video-video tersebut yang sebelum ini dimuat naik ke dalam laman YouTube.

Sumber : Arena Permotoran & MegaVision (YouTube Channel)

Motosikal © 2018