Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda Forza 300 2018 dilancarkan untuk pasaran Eropah

 

Honda Forza 300 model tahun 2018 telah dilancarkan untuk pasaran Eropah sejak beberapa bulan yang lepas. Skuter tersebut mempunyai penampilan yang kompak dan sporty, ringan, dengan penambahbaikan dari segi spesifikasi termasuklah skrin boleh laras eletrik, sistem lampu LED sepenuhnya dan Smart Key yang menawarkan kawalan untuk ‘top box’ 45 liter (tersedia sebagai pilihan).

Forza 300 turut dilengkapi sistem HSTC (Honda Selectable Torque Control), merupakan yang pertama untuk model skuter Honda, dan paparan instrumentasi pintar baharu. Di samping itu, tersedia ruang di bawah tempat duduk untuk simpanan barangan seperti baju hujan dan sebagainya atau untuk menyimpan dua buah helmet bermuka penuh (two full-face helmets), serta turut mempunyai soket pengecas 12V yang sangat berguna.

Model baharu Forza 300 ini dikuasakan enjin 279cc (liquid-cooled fuel-injected SOHC four-valve engine) yang dipadankan dengan transmisi CVT. Kuasa yang dihasilkan mencapai 18.5kW @ 7,000rpm dengan tork maksimum 27.2Nm @ 5,750rpm. Enjin tersebut mempunyai teknologi PGM-FI yang mesra alam dan cekap, dengan tahap penggunaan bahan api 31km/l. Tangki bahan api penuh yang tersedia adalah sebanyak 11.5 liter.

Honda Forza 300 2018 untuk pasaran Eropah boleh didapati dalam empat pilihan warna yang menarik seperti ‘Crescent Blue Metallic’, ‘Pearl Nightstar Black’, ‘Matt Cynos Grey Metallic’ dan ‘Matt Pearl Cool White’. Menurut Honda lagi, aksesori asli (Genuine Honda Accessories) untuk Forza 300 yang boleh didapati termasuklah ’45-litre smart top box’, ‘rear carrier rack (direct fitment)’, ‘inner bags’, ‘heated grips’ dan ‘alarm’.

Motosikal © 2018