Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda CB125R 2018 untuk pasaran Eropah

 

Model ‘Neo Sports Café’ serba baharu Honda CB250R 2018 dan CB1000R 2018 baru saja dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini. Namun untuk pasaran Eropah, terdapat lagi dua model dalam kategori tersebut yang ditawarkan oleh Honda iaitu CB125R 2018 dan CB300R 2018, masing-masing hadir dengan enjin berkapasiti 125cc dan 286cc. 

Honda CB125R 2018 dilengkapi enjin 125cc (Liquid-cooled 4-stroke 2-valve SOHC single cylinder) yang digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan. Enjin berkenaan turut mempunyai teknologi mesra alam dan ekonomi iaitu ‘PGM-FI electronic fuel injection’. Prestasi kuasa yang dihasilkan setinggi 9.8kw @ 10,000rpm dengan tork maksimum 10Nm @ 8000rpm.

Walaupun bersaiz kecil, CB125R 2018 didatangkan dengan ciri-ciri terkini yang menarik seperti binaan casis serba baharu (brand new chassis comprised of tubular/pressed steel frame), fork USD 41mm, sistem brek cakera (radial-mount 4-piston front caliper and floating disc), termasuklah sistem lampu LED sepenuhnya, paparan meter LCD dan ABS.

Menurut Honda, tangki minyak 10.1 liter yang melengkapi CB125R mampu pergi sejauh 480km, dengan tahap penggunaan bahan api 48.4km/l (WMTC mode). Untuk pasaran Eropah, Honda CB125R 2018 boleh didapati dalam pilihan empat warna yang menarik iaitu ‘Candy Chromosphere Red’, ‘Black’, ‘Pearl Metalloid White’ dan ‘Matt Axis Grey Metallic’.

Motosikal © 2018