Motosikal

Informasi Dua Roda

Suzuki dijangka bakal melancarkan GSX-R250 2019

 

Di antara model-model motosikal supersport dalam kelas 250cc yang paling terkenal sudah tentunya keluaran Yamaha, Kawasaki dan juga Honda, masing-masing melalui model Yamaha YZF-R25, Kawasaki Ninja 250 dan Honda CBR250RR. Suzuki juga mempunyai model supersport 250cc iaitu GSX250R, namun ianya ketinggalan dari segi prestasi.

Oleh itu dikhabarkan Suzuki ketika ini sedang dalam proses menyiapkan sebuah model 250cc yang lebih berkuasa, disebut-sebut bakal dilancarkan dengan nama GSX-R250. Pelancarannya mungkin akan berlangsung pada tahun depan bagi model tahun 2019, di mana pasaran Eropah dikatakan akan menerima versi enjin lebih besar GSX-R300.

Berdasarkan ‘blue print’ sebuah model Suzuki yang muncul sebelum ini, Young Machine baru-baru ini telah menyiapkan lakaran Suzuki GSX-R250 2019, yang kelihatannya lebih sporty berbanding model GSX250R, dan pastinya lebih berkuasa dan berprestasi. Pada masa yang sama, model ini boleh jadi juga akan dikenali dengan nama Gixxer 250.

Apabila GSX-R250 atau Gixxer 250 serba baharu ini dilancarkan nanti, maka lengkaplah saingan bagi empat pengeluar motosikal ternama Jepun (Yamaha, Kawasaki, Honda dan Suzuki) dalam membuktikan penguasaan masing-masing dalam kelas supersport 250cc. Mudah-mudahan Suzuki GSX-R250 2019 akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Motosikal © 2018