Motosikal

Informasi Dua Roda

KTM 790 Duke 2018 ‘The Scalpel’ kini di pasaran Malaysia

 

Model ‘naked’ berkuasa tinggi yang dinanti-nantikan, KTM 790 Duke 2018 ‘The Scalpel’ kini telah berada di pasaran Malaysia. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM64,800 (harga asas tanpa GST) untuk model yang didatangkan secara CBU itu. KTM 790 Duke secara rasminya menggantikan model KTM 690 Duke yang tidak kurang popularnya.

KTM 790 Duke dilengkapi enjin bersesaran 799cc (2-cylinder, 4-stroke, parallel twin) yang digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum sehingga 105hp @ 9,000rpm dan tork puncak setinggi 87Nm @ 8,000rpm. Sememangnya memiliki motosikal ‘naked’ berkuasa tinggi ‘The Scalpel’ ini pastinya sangat memuaskan hati.

Motosikal © 2018