Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda Super Cub C125 model tahun 2018

 

Honda Super Cub C100 pertama kali diperkenalkan pada tahun 1958, direka oleh Soichiro Honda dan rakan niaga lamanya Takeo Fujisawa. Pada 2017 setelah hampir 60 tahun, unit yang ke-100 juta Super Cub telah dibina, menjadikannya model motosikal paling popular yang pernah dilihat di pasaran dunia.

Sehingga kini pelbagai model Super Cub masih dijual di pasaran seluruh dunia, mengalami pelbagai evolusi untuk memenuhi keperluan pengguna dan juga peminat. Antara yang terbaharu ialah Super Cub C125, sebagai kesinambungan daripada model legenda untuk fasa sejarah seterusnya, direka untuk kehidupan moden di bandar yang sibuk.

Hadir dengan reka bentuk retro namun kekal bergaya, di samping dilengkapi teknologi moden sesuai dengan peredaran zaman, Honda Super Cub C125 2018 mempunyai enjin 125cc (Air-cooled SOHC 4-stroke 2-valve, PGM-FI electronic fuel injection) dengan padanan transmisi 4-kelajuan. Prestasi yang dihasilkan mencapai 7.1kW @ 7,500rpm dengan keluaran tork maksimum 10.4Nm @ 5,000rpm.

Super Cub C125 baharu ini turut dilengkapi roda aluminium 17 inci (17-inch cast aluminium wheels), brek cakera depan untuk pemberhentian yang meyakinkan, sistem lampu LED sepenuhnya dan Smart Key untuk kemudahan pada setiap masa. Menurut Honda, model ini akan tersedia dalam pilihan dua warna iaitu ‘Pearl Niltava Blue’ dan ‘Pearl Nebula Red’.

Motosikal © 2018