Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha YZF-R25 model tahun 2019 bakal dilancarkan

 

Yamaha YZF-R25 mula dilancarkan di pasaran Indonesia pada tahun 2014. Selepas itu model tersebut mula diperkenalkan di pasaran lain termasuk di pasaran Malaysia, dan beberapa pasaran lain di dunia menerima versi dengan enjin berkapasiti 300cc.

Setelah Honda dan Kawasaki masing-masing melancarkan model terbaharu dengan kemaskini yang lebih menarik, melalui model Honda CBR250RR 2017 dan Kawasaki Ninja 250 2018, kini tiba pula giliran Yamaha untuk memperkenalkan YZF-R25 versi terkini.

Yamaha YZF-R25 model tahun 2019 terbaharu ini dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi, dengan pelancaran rasmi dan pengenalan global pertamanya dijadualkan berlangsung di Indonesia. Model tersebut akan turut di pasang di kilang Yamaha di Indonesia.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sejauh manakah perubahan yang dilakukan terhadap YZF-R25 2019, namun lakaran daripada Young Machine ini mungkin boleh memberikan sedikit petunjuk awal. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya tidak lama lagi.

Motosikal © 2018