Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda CBR250RR 2018 terima warna putih baharu ‘Pearl Glare White’ untuk pasaran Jepun

 

Untuk pasaran Jepun mulai 20 April 2018 yang lepas, Honda CBR250RR 2018 telah tersedia dalam pilihan warna putih baharu yang dikenali dengan nama ‘Pearl Glare White’. Warna tersebut bagi model ABS merupakan tambahan kepada tiga warna sedia ada seperti ‘Matte Gun Powder Black Metallic’, ‘Sword Silver Metallic’ dan ‘Victory Red’.

Honda CBR250RR mula berada di pasaran mulai tahun 2017, dipasang di kilang Honda di Indonesia dan negara tersebut juga menjadi yang pertama menerima jualannya. Untuk pasaran Malaysia, CBR250RR tidak akan ditawarkan disebabkan harganya yang tinggi, seterusnya menjadikannya tidak kompetetif untuk bersaing dengan model-model lain.

Motosikal © 2018