Motosikal

Informasi Dua Roda

Boon Siew Honda lancar CB250R untuk pasaran Malaysia

 

Pada tarikh 24 Jun 2018 baru-baru ini, Boon Siew Honda (BSH) secara rasminya melancarkan model ‘New Sports Cafe’ terbaharu untuk pasaran Malaysia – Honda CB250R. Model tersebut ditawarkan pada harga sebanyak RM22,999.00 dengan GST 0% (tidak termasuk cukai jalan, insuran dan kos pendaftaran).

Honda CB250R model tahun 2018 untuk pasaran Malaysia ini didatangkan dalam tiga pilihan warna yang menarik seperti ‘Matt Bullet Silver’, ‘Graphite Black’ dan ‘Candy Chromosphere Red’. CB250R dilengkapi enjin bersesaran 250cc yang menghasilkan kuasa maksimum 20.3kW @ 9,000rpm dengan tork puncak 23.3Nm @ 8,000rpm.

Menurut BSH, CB250R akan boleh didapati di pasaran Malaysia mulai bulan Julai 2018. Untuk ketenangan fikiran, syarikat tersebut turut menawarkan tempoh jaminan selama 2 tahun atau sehingga jarak perbatuan 20,000km (yang mana tiba dahulu). Untuk anda, di bawah berikut ialah gambar-gambar menarik Honda CB250R 2018, saksikan.

Motosikal © 2018